TEKNOLOGI MASA KINI
e-Learning
e-learning atau lebih dikenali sebagai e-pembelajaran ialah satu proses pembelajaran yang menggunakan sistem atau komponen elektronik bagi mempelbagaikan penggunaan teknologi untuk meningkatkan kebolehcapaian dan keberkesanan pembelajaran. e-pembelajaran melibatkan pengunaan komputer atau komponen elektronik termasuklah CD-ROM dan bahan pembelajaran melalui atas talian (online).
Melalui e-pembelajaran, murid dapat mengamalkan pembelajaran yang berterusan di samping berupaya menyampaikan pengetahuan dengan lebih berkesan kerana ia mengandungi teks, animasi, grafik, audio dan video yang menarik. e-pembelajaran secara langsung membolehkan proses pembelajaran yang canggih dilaksanakan tanpa mengira jarak dan bilangan ahli yang melayarinya.
m-learning
m-learning atau dikenali sebagai mobile learning atau pembelajaran mudah alih ialah pembelajaran merentas pelbagai konteks melalui interaksi dengan menggunakan peranti elektronik peribadi. m-learning juga merupakan satu pendidikan jarak jauh yang menggunakan peranti mudah alih dan kesesuaian masa mereka. Teknologi m-learning termaksulah telefon bimbit, MP3, komputer riba dan tablet atau ipad.
Flipped Learning
Flipped learning merupakan pendekatan pedagogi di mana guru akan memberikan media pembelajaran seperti video sebelum kelas bermula. Pelajar yang telah membaca bahan pembelajaran tersebut akan lebih aktif dalam aktiviti kolaborasi bersama rakan dan bertanyakan soalan kepada guru.
Pembelajaran abad 21 yang sentiasa berkembang
menggalakkan lebih banyak strategi pembelajaran. Antara yang popular adalah Flipped
learning dengan pendekatan Flipped Classroom. Dikesan mula aktif dipraktiskan
seawal tahun 2007 oleh guru Kimia di Woodland Park High School, flipped
classroom semakin mendapat tempat dalam kalangan pendidik dengan wujudnya Khan
Academy. Jom kita dalami lagi apa yang dimaksudkan dengan flipped classroom.
APA ITU FLIPPED CLASSROOM?
Flipped Classroom merupakan model pendekatan pengajaran yang mengalihkan masa kuliah di dalam kelas kepada kuliah melalui video di luar kelas. Maka waktu kelas digunakan sepenuhnya untuk aktiviti kolaborasi dan pengukuhan kepada pelajar secara individu. Erti kata mudahnya, pelajar diberi video untuk ditonton sebelum masuk kelas. Di dalam kelas, hanya berlangsung sesi pembelajaran dengan aktiviti. Mudah kan? Tidak ada struktur khas yang tertentu bagaimana Flipped Classroom ini dijalankan. Tetapi selagi pembelajaran menggunakan strategi kuliah yang sudah direkodkan dan aktiviti seterusnya berlangsung dalam bilik darjah, itu dikira sebagai Flipped Classroom. Dalam sesetengah keadaan, ianya juga melibatkan perbincangan secara online dan menjalankan kajian di rumah. Itu pun masih dikira sebagai Flipped Classroom.
Kelebihan Flipped Classroom
Antara kelebihan menggunakan Flipped Classroom sebagai pendekatan pembelajaran adalah :
1. Menggalakkan murid untuk berinteraksi dan berkolaborasi sesama rakan.
2. Menggalakkan penglibatan murid yang lebih aktif.
3. Pembelajaran lebih berpusat, tidak hanya mengajar.
4. Menggalakkan 'independent learning'.
5. Meningkatkan keupayaan murid untuk bekerja secara individu.
Kelemahan Flipped Classroom
Antara kelemahan menggunakan Flipped Classroom sebagai pendekatan pembelajaran adalah:
Antara kelemahan menggunakan Flipped Classroom sebagai pendekatan pembelajaran adalah:
1. Tidak
semua pelajar boleh belajar sendiri di
rumah.
2. Memerlukan
tempoh yang lama untuk guru menyiapkan video pembelajaran.
3. Terdapat pelajar yang tidak mempunyai laptop dan rangkaian internet yang laju.
3. Terdapat pelajar yang tidak mempunyai laptop dan rangkaian internet yang laju.
Berikut adalah contoh perbezaan sesi pembelajaran yang
melibatkan kelas tradisional dan juga kelas yang sudah diflipped.
|
Perbezaan kelas tradisional dan Flipped Classroom
|
Anda boleh lihat dengan jelas, dengan menggunakan model Flipped Classroom, masa dalam kelas lebih banyak diperuntukkan untuk melakukan aktiviti, perbincangan dan pengukuhan. Tugas 'lecture' telah diambil alih oleh pelajar dengan menonton video guru sebelum kelas bermula. Pembelajaran jadi lebih bermakna.
ubiquitous learning (Ulearning)
Ubiquitous
learning merupakan pembelajaran di mana-mana, pada bila-bila masa dan oleh kait itu berkait rapat dengan teknologi mudah alih. Kemudahalihan komputer dan peranti pengkomputeran telah mengaburkan garis tradisional antara pembelajaran formal dan tidak formal. Istilah "Ubiquitous learning" pertama kali dicipta oleh Mark Weiser selama bertahun-tahun sebagai penyelidik di Xerox PARC lebih 30 tahun yang lalu.
Ubiquitous learning ialah hasil semulajadi dari pengkomputeran dimana-mana. Ianya merujuk kepada peluang berterusan untuk pengalaman pembelajaran dan pemindahan atau komunikasi media yang menyediakan sambungan pengkomputeran yang berterusan. Apa-apa keadaan boleh memberi peluang untuk belajar dengan atau tanpa komputer, peningkatan teknologi komputer dan terutamanya internet bermakna situasi apapun boleh menjadi pengalaman pengajaran yang bertujuan bukan sahaja orang boleh belajar pada bila-bila masa tetapi mereka boleh menerima media yang berfokus secara jelas.
Ubiquitous learning = elearning+mobile learning
Ubiquitous learning = elearning+mobile learning



Ulasan
Catat Ulasan