TEKNOLOGI PENDIDIKAN
Sejarah Teknologi Pendidikan
Blog ini memaparkan teknologi-teknologi yang boleh digunakan untuk keberkesanan dalam pembelajaran. Klik ke pautan halaman sisi kiri anda untuk maklumat lanjut. Selamat menonton!
MASSIVE OPEN ONLINE COURSES (MOOCs)
BLENDED LEARNING
Pembelajaran campuran merupakan istilah yang digunakan untuk pembelajaran E-learning yang digabungkan dengan kaedah kelas tradisional dan melakukan kajian bebas bagi mewujudkan metodologi pengajaran baharu yang hibrid.
KELEBIHAN BLENDED LEARNING :
OER adalah bahan pengajaran secara terbuka yang boleh didapati secara dalam talian. Tambahan ianya mempunyai sekatan kerana dilindungi oleh lesen terbuka yang menentukan bagaimana mereka boleh digunakan, guna semula, disesuaikan, dikongsi dan diubahsuai mengikut keperluan yang khusus.
OER sangat digalakkan dalam pengajaran kerana mampu memberi pengetahuan tambahan kepada pelajar dan juga pengajar.
Tambahan pula, terdapat galakan untuk para tenaga pengajar menggunakan OER dalam pengajaran mereka di kelas. Selain itu, perkara ini juga telah diiktiraf oleh dunia serta membantu mereka untuk mengetahui maklumat tambahan. Disamping itu, mereka tidak melibatkan kos yang tinggi untuk menggunakan OER.
MASSIVE OPEN ONLINE COURSES (MOOCs)
Kursus dalam talian secara terbuka (MOOCs) adalah merupakan kursusu dalam talian secara percuma yang disediakan untuk kegunaan sesiapa sahaja yang mendaftar. MOOCs menyediakan cara yang berpatutan dan fleksibel untuk mempelajari kemahiran baru, memajukan kerjaya dan menyampaikan pengalaman atau maklumat pendidikan yang berkualiti.
BLENDED LEARNING
Pembelajaran campuran merupakan istilah yang digunakan untuk pembelajaran E-learning yang digabungkan dengan kaedah kelas tradisional dan melakukan kajian bebas bagi mewujudkan metodologi pengajaran baharu yang hibrid.
KELEBIHAN BLENDED LEARNING :
- Fleksibiliti - fleksibiliti dalam menyampaikan maklumat. Topik-topik kompleks boleh dibentangkan di dalam bilik darjah, manakala perkara lain boleh didapati dalam internet.
- Keberkesanan - meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengalaman pembelajaran yang bermakna.
- Kecekapan - strategi pembelajaran bercampur yang dirancang dengan baik membantu seseorang menyampaikan latihan dengan cekap kepada khalayak. Contohnya dengan menggunakan aset digital seperti video, rakaman dan eBook.
- Keberkesanan kos - dapat mengurangkan kos. Contohnya, apabila menganjurkan acara secara langsung dalam talian, kos perjalanan pekerja dan pengajar tidak diperlukan kerana lokasinya adalah di tempat sendiri.
- Keperibadian - latihan yang tidak dilaksanakan dengan baik boleh mencipta pemisahan dan pengalaman pembelajaran tanpa pengetahuan. Tapi berita baiknya ialah penyelesaian yang dicampur dengan baik dapat memberikan peralihan yang lancar dari bilik darjah ke komputer atau sebaliknya.
- Jangkauan lanjutan - dapat mengurangkan masa pengajaran di dalam kelas dengan mendigitalkan kepakaran tenaga pengajar yang pakar dalam mata pelajaran tertentu.
- Merangkumi semua bentuk pembelajaran - pembelajaran yang berkesan adalah penyelesaian terbaik dalam membantu pengajar dan pelajar menguasai semua gaya belajar melalui pelbagai medium dan teknik.
OPEN EDUCATIONAL RESOURCES (OERs)
Apakah sumber pendidikan terbuka (OERs)???
OER sangat digalakkan dalam pengajaran kerana mampu memberi pengetahuan tambahan kepada pelajar dan juga pengajar.
Ulasan
Catat Ulasan